Rabu, 21 Januari 2015

TUTORIAL --> Cara ReFlash Skybox Dan Openbox Dengan Kabel RS232

TUTORIAL UNTUK REFLASH SKYBOX/OPENBOX
Antara alat yang perlu ada ialah laptop dengan sambungan USB atau lebih baik mempunyai sebuah desktop pc lengkap dengan serial port RS232 (9 pin serial port).
http://i00.i.aliimg.com/wsphoto/v0/459314638/-font-b-RS232-b-font-null-modem-font-b-cable-b-font-font-b-Crossover.jpg
Namun pastikan kabel tersebut merupakan kabel yang betul untuk reflash sebab ada dua jenis kabel RS232 iaitu jenis straight dan juga cross over (untuk tahu perbezaannya  sila Google). Pastikan jenis crossover sebab hanya kabel itu sahaja yang boleh digunakan. Pergi ke lowyat dan pergi ke kedai yang jual aksesori computer (kedai nama Sri Computers SDN BHD), cari sendiri kabel itu dan tgk ada di kotak tertulis straight cable atau null modem iaitu crossover. Jangan tersilap membeli straight cable sebab kadang kala sudah tercampur antara dua jenis kabel itu dalam satu kotak yang sama.
Untuk penggunaan USB, pastikan anda mempunyai USB to 9 pin Converter ( beli di kedai yang sama)
https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQxF-UfNAk1gXItknFwf_NlEyNSZkRydoaMYy7rskMDJHypyApToQ


Proses bermula dengan memuat turun firmware dan juga erom.
Firmare : file dalam format (.abs)

Erom : tool untuk memuat naik firmware dari pc/laptop ke dalam skybox

(link lain yang mempunyai pakej muat turun lengkap)



  1. Buka file erom tadi dan klik pada icon yang ada




  1. Sambung null modem kabel dengan skybox kepada serial port (pc) atau sambungan pada USB jika menggunakan USB to RS232 converter. Pastikan driver untuk USB to RS232 converter telah di install.


  1. Pilih port berdasarkan sambungan USB kita (untuk tahu port mana, right klik pada my computer , klik manage dan pilih device manager. Akan tertera ‘port’







  1. Kemudian tekan browse dan pilih file  (.abs) yang telah dimuat turun.
  2. Jangan on kan lagi skybox anda
  3. Tick kan pada ‘include bootloader’
  4. Tekan next dan tunggu sehingga lepas 10 saat baru on kan skybox
  5. Ikut sahaja turutan arahan sehingga selesai.
  6. Cabut skybox dan pasang pada tv. Jangan lupa tambah channel

P/s : Tutorial diatas adalah hasil daripada salah seorang client skyboxdancline ....mohon jangan copy tanpa keizinan.


2 ulasan:

  1. Assalam sis...

    reflash ni untuk apa sebenarnya??
    leh bagi maklumat ttg reflash ni??

    tq wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam.....flash box diperlukan bila box stuck pada load atau load tak henti2

      Padam