Jumaat, 4 Mac 2016

Jenis Kualiti Movie Online

Jenis Kualiti Movie Online

**maklumat copy paste...sekadar perkongsian dari admin

CAM,CAMRip
Label – CAM
- Salinan yang dibuat dengan menggunakan kamera video,
mungkin dipasang pada tripod.
- Sumber suara diambil dari
mikrofon kamera. Selalunya kualiti video senget, ada orang lalu, orang bergelak-ketawa pun ada.

TELESYNC , TSRip
LABEL – TS
- Ramai yang tersalah tafsir dengan jenis ini. Selalunya, kualiti video sama seperti CAM, tetapi yang membezakannya adalah kualiti suara.
- Suara tidak
dirakam melalui mikrofon kamera, sebaliknya mikcrofon yang beza.
- Kadang-kadang ia dirakam menggunakan FM Radio.
- Filem ini kualiti rendah.

SCREENER
LABEL – DVDScr, Scr
- Ini adalah versi awal DVD atau VHS yang dikeluarkan dari versi teater,
- Biasanya dihantar ke peninjau filem, Ahli Akademi, dan eksekutif untuk tujuan
Ulasan.
-Biasanya mempunyai mesej overlay pada gambar seperti
“The film you are watching is a promotional copy”.
- Screeners biasanya mempunyai
Kualiti sedikit rendah dari DVDRip.

DVDRip
LABEL – DVDRip
- Salinan DVD yang telah diedarkan di sesetengah kawasan.
- DVDRip umumnya menggantikan Salinan/versi yang telah keluar.

HDTV, HDRip
LABEL – HDTV, HDRip, TVRip, PPVRip
- Sumber capture dari kad capture analog (sambungan s-video).
- Secara ringkas, ia dirakam dari sumber Televisyen.
- Mempunyai resolusi yang besar hingga 720p.

WEBRip
LABEL – WEBRip,
- Biasanya terdapat hardsub (sarikata) korea, cina, rusia, atau Bahasa lain Yang cukup mengganggu apabila ditonton, kualiti video yang amat bagus tapi kekadang Audionya kurang bagus.
- Misalnya begini: Penguins.Of.Madagascar.2014.HC.WEBRip.720p
- HC – Harcoded/Hardsub
- Filem yang sarikatanya telah dihardsub.

WEB-DL
LABEL – WEB-DL
- Kualiti ini di bawah sedikit di BluRayRip atau boleh dikatakan setara.
- Biasanya kualiti Web-DL akan muncul sebelum kualiti BRRip muncul.
- Sumber ini biasanya dimuat turun dari iTunes Store atau laman web yang lain Yang menyediakan siaran TV melalui internet.
- Resolusi yang ada biasanya 720p dan 1080p.

BluRay
LABEL – BDR, BDRip, BRRip, BluRay
- BRRip merupakan kualiti tertinggi filem ketika ini.
- Resolusi yang tersedia untuk filem jenis ini ialah 480p, 720p dan 1080p.
- Semakin tinggi resolusi, semakin jernih dan jelaslah gambarnya.
- Namun begitu, ia memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi. Kalau tak, gambarnya akan jadi lambat atau patah-patah ketika filem dipasang.
- Saiz bagi filem 720p biasanya antara 500-1.5 GB.
- Namun bagi 1080p pula, kemungkinan dari 1 GB hingga mencapai 5 Gb.
- Saiznya bergantung pada duration pada setiap filem. Kalau lama filemnya, maka besarlah saiznya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan